Saturday 21 April 2012

1 MALAYSIA ( SAJAK OLEH SENTAN INTAI)



1 Malaysia

Sumbangan Rakyat
Malaysiaku,
Cemerlang, gemilang dan terbilang,
Begitulah slogan Perdana Menteri kita,
Sudah terbukti kebenarannya,
Kerana Malaysia sudah megah,
Dipersada antarabangsa.
 Dalam bidang sukan, teknologi, kemasyarakatan,
Sudah terdapat rakyat Malaysia,
Yang menempah nama memperkenalkan Malaysia
Di pentas dunia.
Begitulah Malaysia,
Yang mempunyai rakyat yang berbakat
Dan istimewa.

Bersatu Kita Teguh
Janganlah kita bergaduh,
Janganlah kita bercerai,
Janganlah kita berdengki dan membenci,
Janganlah bergaduh sesama sendiri,
Janganlah malas maju dan tidak berkerjasama.                                                          
Marilah kita berkawan,
Marilah kita bersama selamanya,
Marilah hormat-menghormati antara satu sama lain,
Marilah kita berganding bahu,
Majukan negara Malaysia.

Cintaimu Malaysia
Aku rindu akan Malaysia,
Aku cinta kasih akan Malaysia,
Tumpah darahku kerana Malaysia,
Hidupku dan tenagaku,
Berkorban demi Malaysia.
Kerana kau Malaysia,
Aku dapat hidup aman,
Tiada takut, tiada gentar,
Berada dalam kandungan bumi Malaysia,
Selamat jasad dan badan ku,
Berkat cintamu dan cintaku,
Yang sejati mewujudkan cinta
Satu Malaysia.

Tuntutan Cintamu
Terdesaknya aku
Terpanggil untuk menyahut,
Seruanmu Malaysia,
Dirimu menuntut tenagaku,
Perit jerihku, pengetahuanku,
Bakatku, kemampuanku,
Untuk memenuhi kehendak mu,
Aku datang kepadamu,
Walaupun aku terpaksa,
Penuhi kehendakmu,
Untuk memajukan dirimu Malaysia.
Ini kerana,
Dalam keterpaksaan aku terpaksa,
Menyintai dan berkorban,
Untukmu negaraku Malaysia.

Sedap dan unik
Aku hendak makan,
Di kedai Melayu,
Di kedai Cina,
Di Kedai India,
Di kedai Bumiputera.
Pilihan makanan pelbagai dalam kedai,
Masakan Melayu, Cina, India, Mamak, Bumiputera,
Peliknya,
Tuan kedai etnik satu,
Masakan macam-macam etnik,

Tapi itulah kelebihan Malaysia,
Pelbagai etnik tetapi hidup berkongsi,
Memahami antara satu sama lain,
Tahu kegemaran masing-masing,
Dan cuba memenuhi kehendak,
Kawan masing-masing dari pelbagai etnik

No comments:

Post a Comment