Saturday 21 April 2012

1 MALAYSIA ( PANTUN OLEH SENTAN INTAI )



PANTUN SATU MALAYSIA


Jika adik pergi ke pasar,
Bawa bersama bakul sayur,
Konsep utama satu Malaysia,
Mengutamakan rakyat merentasi segalanya.

Setelah penat jalan di taman,
Menghirup udara terasa nyaman,
Tujuan utama satu Malaysia,
Perkongsian nikmat secara bersama.

Persekitaran yang indahnya suasana,
Menjadi pilihan semua hidupan,
Tidak mengenepikan pembangunan bumiputera,
Rakyat dan negara mencapai kejayaan.

Matahari terbit terjadinya siang,
Buat kerja jangan khilaf,
Kejayaan Malaysia namanya terbilang,
Mencapai kejayaan yang diiktiraf.

Rajin sungguh anak dara,
Tangan berkerja sungguh tangkas,
Rahsia menjadi pemajmukkan negara,
Rukun Negara menjadi teras.


Bunga mawar untuk si gadis,
Menjadi pengikat bujang dara,
Rukun Negara menjadi teras,
Begitu juga Perlembagaan Negara.

Bendera naik berdiri tegak,
Memberi hormat pada bendera,
Rakyat Malaysia mempunyai hak,
Tanggungjawab kepada kemajuan negara.

Banyak sungguh kambing-kambing,
Berkumpul bersama di pohon rending,
Terdapat lapan nilai utama,
Yang utama hidupkan budaya.

Pasar malam gerai dibuka,
Menjadi tumpuan gerai laksa,
Nilai yang perlu satu Malaysia,
Ketabahan, rendah hati adalah nilainya.

Rajin sungguh menanam bunga,
Bunga ditanam bunga kekwa,
Nilai yang pasti satu Malaysia,
Kesetiaan kepada raja dan negara.



Berjalan bertatih tepian dulang,
Semasa meniti berhati-hati,
Pegangan utama rakyat cemerlang,
Pentingkan pendidikan dan intergriti.

Indah sungguh suasana malam,
Senyap sunyi aman terasa,
Transformasi pengurusan Hal Ehwal Islam,
Meneraju gagasan satu Malaysia.

Anak kecil berteriak suka,
Riang bermain jongkang kongket,
Pegerakan utama satu Malaysia,
Menstruktur semula perpaduan rakyat.

Orang takut hari kiamat,
Jika takut taubat segera,
Meningkatkan nilai kesejahteraan rakyat,
Pegangan konsep satu Malaysia.

Puteri Jawa telah tiba,
Menghadap sembah raja berdaulat,
Semua kita harus bersedia,
Menghadapi segala anasir jahat.



Air kelapa sudah habis,
Menjadi hidangan kepada khalifah,
Anasir jahat harus dibanteras,
Agar negara tidak pecah belah.

Air pasang mudik ke hulu,
Balik nanti airnya surut,
Untuk membentuk negara maju,
Mengambil kira keperluan rakyat.

Hari telah bertukar ganti,
Tidak terasa berlalu masa,
Perlu ditiup semangat generasi,
Untuk berkhidmat kepada Malaysia.

Gembala kambing pergi ke padang,
Ingin menjenguk rumput-rumput,
Mencapai impian yang cemerlang,
Faedahnya kepada seluruh rakyat.

Harimau dikandang sedang mengaum,
Monyet disangkar leka makan,
Utamakan rakyat tidak mengira kaum,
Semua tidak tercicir dari pembangunan.



Elok-elok bergurau senda,
Jagalah santun dan perbuatan,
Semasa kerja jangan leka,
Bertanggungjawab dan berintegriti jadi pegangan.

Pulau Langkawi sungguh damai,
Asal Mahsuri berdarah putih,
Kita janganlah terlalu lalai,
Jadikan pekerajaan sebagai akidah.

Pasangan ombak ialah pantai,
Pantai tempat singgah perahu,
Semua impian akan tercapai,
Jika kita bersatu padu.

Gagak terbang pulang ke benua,
Singgah sebentar kawasan Kalimantan,
Strategi utama penyatuan Malaysia,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Niat hati kahwin putera,
Putera kahwin puteri sahaja,
Ikut arus kemajuan dunia,
Harus ada satu bangsa.



Sunyi sepi suasana hutan,
Burung kedengaran bersiul-siul,
Negara maju, selamat dan aman,
Dapat bersaing negara luar.

Anak Cina main tanglung,
Anak Melayu turut menumpang,
Cita rasa rakyat Malaysia,
Sejajar Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Meliuk lentok bunga lalang,
Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa,
Malaysia menuju segenap bidang,
Disegani oleh seluruh dunia.

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur,
ambil gambar Tugu Negara,
Kita berdiri kita berfikir,
Bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Pergi berdua naik sampan,
Sampan di kayuh menuju muara,
Layani dan penuhi segala keperluan,
Tanpa mengira kaum dan agama.



Daun keladi di timpa hujan,
Air jatuh ke tanah senang,
Pemimpin melayani kehendak dan keperluan,
Setiap etnik masing-masing.

Burung merak menari-nari,
Sebagai tanda menyambut datang,
Wakil rakyat bertindak melepasi,
Sempadan kaum masing-masing.

Pipit di dahan meloncat-loncat,
Melihat perahu telah karam,
Satu Malaysia harmonikan rakyat,
Tanpa mengubah identity kaum.

Masak lepat dibungkus kukus,
Jadi hidangan tetamu kita,
Pemimpin kerajaan menjalankan tugas,
Demi kepentingan rakyat jelata.

Waktu senja masuk hutan,
Ingin mencari banyak buluh,
Sikap penerimaan antara kaum,
Membawa perpaduan yang utuh.



Masak Lombok mesti bersatu,
Agar nampak lebih berseri,
Satu Malaysia amat perlu,
Pemimpin dan rakyat berintergriti tinggi.

Kalau batu campur beras,
Asingkan ea dengan tangan,
Komitmen kita terhadap tugas,
Menjadi senjata ampuh kejayaan.

Bangun pagi terasa malas,
Rezeki masuk jua lambat,
Pemimpin penuh dedikasi dan ikhlas,
Dapat sokongan dan dihormati rakyat.

Ikan kembung digaul kunyit,
Kunyit sebagai penambah rasa,
Negara bangsa lahirkan rakyat,
Punya sikap kesamaan dan kekitaan.

Tsunami datang bawa bencana,
Itulah dugaan bukan sial,
Tiga prinsip satu Malaysia,
Penerimaa, kenegaraan dan keadilan sosial.



Rumah kuat kerana sendi,
Tetapi jangan dibina tepi laut,
Sistem petunjuk utama prestasi,
Pengukur pencapaian perkhidmatan rakyat.

Mari kita tanam halia,
Ambil sedikit buat juadah,
Rahsia untuk kita berjaya,
Kikis sikap mudah mengalah.

Pak Imam perlu disegani,
Menjadi tanduk kebanggaan kita,
Sifat berhemah dan berbudi,
Menjadi amalan hidup kita.

Apalah tanda batang kulim,
Batang kulim rending pokoknya,
Perkara terbaik setiap kaum,
Mendapat penerimaan masyarakat Malaysia.

Berhati-hati merendam kain,
Supaya kain kekal elok,
Kesetiaan akan membina kepercayaan,
Menjalin ikatan dua pihak.



Kalau habuk ada serbuk,
Kalau campak ada tompoknya,
Meritokrasi pastikan mereka layak,
Menjadi pemacu pembangunan negara.

Adik ke sungai leka berenang,
Masuk  waktu berhenti main,
Pendidikan dan pengetahuan prasyarat penting,
Mana-mana negara mencapai kejayaan.

Jika adik ke pasar,
Bawa bersama bakul sayur,
Wahai semua rakyat Malaysia,
Berkorbanlah untuk Malaysia kita.

Buku-buku tersusun berbaris,
Tersusun cantik satu para,
Negeri Malaysia ada empat belas,
Bersatu di bawah satu Malaysia.

Buah saga warnanya merah,
Musimnya tiba bulan November,
Janganlah kita cepat terpengaruh,
Dengan hasutan orang luar.


 Karya Setah Anak Intai

2 comments:

  1. Saya tertarik dengan pantun 1 Malaysia ini, jadi saya salin untuk tatapan semua.

    ReplyDelete